Thursday, July 28

Vingt-cinq (25) Rasul.. Bani Israel



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Untuk entri ini, IA, saya akan cuba menggunakan BM kerana khuatir maksud entri tidak mampu saya sampaikan dalam medium bahasa lain.

Selepas habis peperiksaan akhir tahun ini, banyak masa yang terluang yang sewajarnya diisikan dengan pelbagai aktiviti berfaedah. tambahan, bulan ramadhan yang bakal tiba mestilah didahului dengan amalan-amalan 'latihan' untuk menjalani bulan yang berikutnya.

Seketika duduk di dalam kamar berkapet merah ini, aku cuba membelek sebuah buku karangan paman Indonesia yang bertajuk 'Sejarah 25 Rosul'. Ia menceritakan perihal rasul yang wajib diketahui ini.

Sedang membaca buku ini, aku melihat asal usul keturunan Bani Israel ini. Sememangnya mereka adalah keturunan yang amat terpuji. Maka beginalah dapat disimpulkan.

(sekiranya salah, sila tolong khabarkan, agar boleh dibaiki untuk agama mulia)

Bani Israel ini adalah keturunan dari Nabi Ibrahem a.s. yang memiliki dua orang isteri. Siti Sarah (isteri pertama baginda) dan Siti Hajar (diberikan oleh raja Mesir kepada Nabi Ibrahem dan dibesarkan oleh baginda dan dikahwininya).

Keturunan ini diberi nama Bani Israel atas Bahasa Ibrani yang bermaksud suka berjalan pada malam hari.

Keturunan ini adalah merupakan keturunan yang:

1. Paling banyak berfikir / berakal seperti Nabi Ibrahem yang realitinya adalah anak kepada Azar (pembuat patung berhala), beliau tidak pernah sesekali ingin untuk menyembah berhala. bahkan, beliau yang dari kecilnya telah diletakkan di dalam hutan (kerana Raja Namrud akan membunuh setiap bayi lelaki) telah mula mencari perihal tuhan yang hakikat. Beliau memandang bulan, bintang dan matahari dan akhirnya membuat keptusan untuk menyerahkan diri bukan kepada bulan, bintang dan matahari tetapi kepada SANG PENCIPTA BULAN, BINTANG & MATAHARI YANG MAHA ESA.

Surah Al An'Am: 76-79 :
Ketika Malam telah menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata, "inilah tuhanku". tetapi tatkala bintang itu tenggelam maka dia berkata "saya tidak suka kepada yang tenggelam"
Kemudian dia melihat bulan terbit dia berkata "inilah tuhanku" tetapi setelah bulan itu terbenam dia berkata "sesungguhnya jika tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku pastilah aku termasuk orang orang yang sesat"
Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit dia berkata, "inilah tuhanku, ini yang lebih besar", maka tatkala matahari itu terbenam dia berkata "hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas dari apa yang kamu persekutukan"
Sesungguhnya aku mengadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk dalam orang-orang yang mempersekutukan tuhan.

2. Paling banyak mendapat Nusrah Allah seperti Nabi Ibrahem yang ditinggalkan di dalam hutan namun tidak diganggu oleh haiwan buas dan masih hidup.

Juga sewaktu beliau, Ibrahim a.s. ketika dicampkkan ke dalam api, beliau masih selamat.

Al-Anbiyya 69:
(Kami berkata) Hai api, menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah kepada Ibrahim

Juga seperti Siti Hajar dan Ismail, tatkala ditinggalkan oleh Ibrahim a.s. di (Makkah) padang pasir yang tidak berpenghuni, Allah telah mengutuskan Jibrail a.s. untuk memberitahu tempat keluarnya mata air. kemudian ia diberikan nama ZAM-ZAM yang bererti berkumpul. dan juga seperti pengikut Musa a.s. yang diberikan hidangan dari syurga ketika lapar dan dahaga.

Doa dari keturunan ini pon dikabulkan oleh Allah seperti doa Nabi Ibrahim dalam surah Baqarah 126:
Ya tuhanku, jadikanlah negeri ini (MAKKAH) negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah & hari kemudian. Dan Allah menjawab; kepada orang kafirpun Aku berikan kesenangan sementara, kemudian aku paksa mereka jalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

3. Keturunan ini terkenal dengan kasih sayang mereka seperti Nabi Ibrahim terhadap saudaranya Nabi Luth.

Al-Ankabut 32:
Berkata Ibrahim: sesungguhnya di kota itu ada Luth. Para Malaikat berkata; Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu. Kami sungguh-sungguh akan menyelamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya. Dia adalah termasuk orang-orang yang tertinggal (binasa)

4. keturunan ini melahirkan anak yang banyak-banyak dengan rahmat Allah swt. sehingga keturunan N. Ya'qub diberi gelaran (Al-Asbath) kabilah-kabilah / kelompok

Dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. bersama Siti Sarah (dikurniakan Nabi Ishaq a.s. yang dikurniakan Yaqub a.s. dan salasilah sehingga Nabi Musa a.s.) dan bersama Siti Hajar (dikurniakan Nabi Ismail a.s. yang salasilahnya kepada nabi Muhammad s.a.w.)

Jadi dapat disimpulkan keturuan Bani Israel ini adalah terpuji. namun apakah sejarah yang seterusnya.
continue to part 2 later insha allah....

3 comments:

Anonymous said...

cheap diazepam valium get you high - valium usa online

Anonymous said...

where to buy valium online much one pill valium - valium teva

Anonymous said...

valium no prescription overnight xanax vs valium stress - valium vs xanax chart